Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

LIPUTAN PENUBUHAN AKADEMI YOUTUBER OLEH WARTAWAN THE STAR ILI AQILAH

BERITA AYU | LIPUTAN PENUBUHAN AKADEMI YOUTUBER OLEH WARTAWAN THE STAR ILI AQILAH




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita Terkini.


Tertarik dengan usaha para guru dalam menyediakan kelas tuisyen dalam talian secara percuma, wartawan The Star Ili Aqilah hari ini membuat liputan mengenai akademi YouTuber di dalam penulisannya bertajuk : Teachers create video as aid in virtual lesson.


Dalam liputan tersebut, beliau mengulas tentang bagaimana tercetusnya idea penubuhan akademi youtuber oleh pengasasnya iaitu En Muhammad Suffi Yusof yang juga merupakan seorang guru dari SK PANGKALAN TLDM LUMUT, Perak.


Menurut en Suffi Yusof, idea penubuhan Akademi Youtuber Malaysia tercetus apabila perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada bulan Mac, melibatkan penutupan semua sekolah di seluruh negara. 


Pada waktu tersebut, dengan kerjasama edidik malaysia, mereka melaksanakan modul Google Classroom, dalam membantu meningkatkan penguasaan guru-guru menyampaikan pdp secara dalam talian.


Menyedari kepentingan penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar dalam talian,  beliau dengan kerjasama e-didik dan kelab guru malaysia membantu membimbing ribuan guru dari seluruh negara membina video pdpc untuk digunakan di dalam google classroom secara percuma.


Menurut beliau lagi, walaupun bergerak secara berpasukan, setiap ahli mempunyai channel youtube masing-masing. Sejak akademi ini ditubuhkan, ada antara ahli yang meraih 1000 tontonan dalam masa sehari, dan ada antara mereka yang telah berjaya meraih lebih 2000 subscriber.  


Antara ahli akademi youtuber yang turut mendapat perhatian dari wartawan ili aqilah  tersebut adalah Lim Yiet Im dan Puan Savina a/p A. Saiman.


Puan Lim menyatakan bahawa video yang dihasilkan sendiri oleh beliau banyak membantu muridnya memahami isi pembelajaran. 


Puan Savina pula menyatakan beliau telah menghabiskan sejumlah wang iaitu hampir rm500 untuk membeli peralatan bagi menghasilkan video yang berkualiti untuk tontonan murid.


Keprihatinan wartawan dari the star ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap usaha para guru dalam memberikan yang terbaik untuk pendidikan murid2 di seluruh negara.


Sekian berita terkini AYU, saya Arma binti Mohd Yusof, sehingga berjumpa lagi.


Video penuh bileh dilihat di sini : 

https://youtu.be/mJrFTytPuEA


Video penghargaan daripada Ahli Akademi Youtuber boleh ditonton di sini : 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLBQRdFmt_V3rEqqVHDYQ4nVmDkVmoCoY9



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama