Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, disini saya mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman menjadi seorang youtuber. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menyiapkan tugasan dan bersiaran secara LIVE. Saya adalah salah seorang ahli Panitia Sejarah Menengah Rendah. Untuk makluman semua, jadual saya agak padat sepanjang minggu ini kerana hari Isnin dan Selasa (21 dan 22 Dis 2020) saya menjalankan ulangkaji untuk peperiksaan GCE Level 1 anjuran eDIDIK Malaysia. Manakala, hari Rabu adalah hari saya menghadapi peperiksaan tersebut. Syukur...Alhamdulillah saya lulus dalam peperiksaan tersebut. Satu berita yang amat mengembirakan saya. Seterusnya, hari Khamis saya bertungkus-lumus menyiapkan paparan slaid untuk tuisyen Ayu sebab saya akan bersiaran pada hari Jumaat jam 12.30 hari untuk tugasan #ALLINLONE.
Alamak!! Tiba - tiba suami ajak balik kampung pada hari Khamis malam Jumaat. Itupun kami balik setelah saya jalankan tugas memberi khidmat bantu kepada panitia lain yang tidak cukup ahli bersiaran. Saya ambil tugasan sebagai “Control Host”. Suami kata, “Nanti LIVE la dari mana-mana hotel kat Kuala Perlis”, sebab takut tak sempat sampai Langkawi, kampung saya dan suami. Jadi kami pun bergerak pulang pada jam 12 malam. Sampai ke Kuala Perlis jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Jadi kami terus bergerak ke hotel yang ditempah. Saya menempah dua bilik di hotel untuk memastikan saya dapat bersiaran tanpa ada gangguan bunyi bising dengan suara anak-anak. Saya pun mula menyiapkan alatan dan tempat untuk mula bersiaran. Semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. KP Sejarah turut sama memantau kelas di Youtube untuk memastikan semua berjalan lancar. Saya pun bersedia untuk bersiaran secara langsung. Tapi sayang semasa masa ke udara berbaki 3.06 minit saya nampak paparan laptop saya tidak bergerak(Hang). Laptop saya “Hang” lagi tiga minit sebelum live!!! Allahuakhbar!! Memang tak dijangka sebab sebelum itu semuanya berjalan lancar. Dalam sedikit kekalutan, saya telefon KP untuk meminta bantuan dan pandangan apa yang perlu dilakukan. KP CM Kaizen mengambil alih dan segera masuk ke ruangan konti untuk memulakan kelas. Rakan-rakan panitia Sejarah juga turut sama membantu saya di ruangan “Chat”. Terima kasih tidak terhingga diucapkan atas sokongan kalian.
Selepas 10-15 minit saya “Restart Laptop” dan berjaya masuk semula ke dalam konti. Kelas dimulakan seperti yang dirancang. Namun saya diduga sekali lagi kerana tiba-tiba terkeluar dari bersiaran secara lansung. Itu pun sebab saya ternampak komen dari para pelajar yang memberitahu cikgu hilang..hihi..pelajar sangat-sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh guru. Mereka sangat setia hingga ke akhir kelas. Terima kasih saya ucapkan. Saya pun tak pasti sebab apa saya terkeluar, adakah data kurang stabil? Sebab sebelum ini setiap kali live saya memang menggunakan data “hotspot” yang sama. Mungkin Allah ingin menguji saya. Sebelum ini selalu baca pengalaman rakan-rakan lain. Walau bagaimana pun ini bukan halangan untuk saya terus bersiaran bagi membantu pelajar-pelajar diluar sana.
Semoga perkongsian saya ini memberi semangat kepada rakan-rakan AYU di luar sana. Semangat #kirabantukita memang sebati dalam rakan-rakan AYU semua… Terima Kasih sudi membaca coretan saya...Sekian.
Cikgu Norhasnida @cikgunieda
Link Youtube Kelas #ALLINONE : https://youtu.be/xMhJjpI6Hw0
Link Channel : http://www.youtube.com/c/sejarahisbest