Assalamuaikum wbh dan salam sejahtera. Saya,
Cikgu Hjh. Noor Jehan Binti Mustapa yang berpengalaman selama 31 tahun sebagai guru Bahasa Melayu. Bermula daripada papan gulung berwarna hijau sehinggalah berkarya di medan Youtube menggunakan layar berwarna hijau. Sekarang, saya bertugas di SK Tunku Mahmood 1, Kluang, Johor. Saya kongsikan lima video PdP subjek Bahasa Melayu menarik dan berkualiti dibina oleh saya dan berharap dapat dimanfaatkan dan dipanjang-panjangkan ilmu tersebut.
Berikut saya sertakan pautan video yang berkaitan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.
1. CAKAP AJUK dan CAKAP PINDAH
PAUTAN VIDEO PDP : https://youtu.be/T0o9eA28YKg
2. PERBUATAN BINATANG atau HAIWAN
PAUTAN VIDEO PDP : https://youtu.be/63uiARcW4cE
3. PENANDA WACANA
PAUTAN VIDEO PDP : https://youtu.be/FBjPBqYM7YE
4. SYAIR IRAMA SITI ZUBAIDAH
PAUTAN VIDEO PDP : https://youtu.be/YFx2ZkWOrwQ
5. KATA MAJMUK dan AYAT MAJMUK
PAUTAN VIDEO PDP : https://youtu.be/3InNZsxDqoQ
PENERANGAN TENTANG PEMBINAAN VIDEO PDP INI.
Video pdp ini dibina bertujuan setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid menguasai dengan cemerlang topik tertentu dalam sistem tatabahasa dan aspek Seni Bahasa Bahasa Melayu.
Seterusnya pembinaan video pdp tersebut dapat memantapkan dan menjana ilmu kemahiran bahasa murid-murid. Lebih banyak video PdP lain yang saya bina boleh ditonton di saluran YouTube iaitu youtube.com/CHANNELBAHASAMALAYSIACIKGUJEE. Akhir sekali, harapan pembinaan video-video PdP ini sebagai solusi untuk tuntas masalah tersebut.
Terima kasih. Selamat menonton sambil belajar.
Terima kasih KP BM AYU CIKGU LK. Seterusnya kepada AYU. Moga bermanfaat video pdp tersebut. Jom kongsikan kepada anak-anak dan murid-murid kita.
BalasPadamSama2. Tahniah buat Cikgu Hjh Noor Jehan atas perkongsian yang sangat menarik. Video pun wow..
Padam