Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Siti Jamiah. Saya merupakan seorang guru yang mengajar di SK Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor. Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai seorang guru selama 22 tahun. Mata pelajaran yang saya ajar adalah Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.
Saya ingin berkongsi dengan anda 5 video PdPc terbaik yang saya hasilkan untuk murd-murid tahun 1 dan tahun 2 belajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Walaupun hanya dengan menonton video, mereka boleh mempelajari kemahiran utama Bahasa Melayu dan kemahiran dalam Pendidikan Islam.
Selain video, saya turut menyediakan pautan kuiz untuk latihan tambahan di rumah. Pautan ini boleh diambil di ruangan deskripsi. Kesemua video yang saya hasilkan adalah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang ada dalam DSKP dan buku teks yang disarankan oleh KPM.
Berikut saya sertakan pautan video yang berkaitan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.
BAHASA MELAYU :
1. Imbuhan Awalan dan Akhiran (Tahun 1)
2. Ayat Seruan (Tahun 1)
3. Penjodoh Bilangan (Tahun 2)
4. Simpulan Bahasa (Tahun 2)
PENDIDIKAN ISLAM :
5. Bacaan Tanda Bulat Bujur Meninggi dan Bulat Serong (Tahun 1)
Saya masih belajar kemahiran mengedit video dan masih ada aspek yang perlu diperbaiki. Sekiranya anda dapati video ini bermanfaat untuk anak-anak anda dan anak-anak murid anda. Silakan kongsi bersama dengan rakan-rakan dan sanak-saudara. Semoga amal jariah ini diterima Allah SWT dan pahalanya berpanjangan hingga ke akhirat sana. Anda juga boleh melayari channel youtube saya di pautan https://www.youtube.com/c/CikguSitiJamiah .
Sekian, terima kasih.