Assalamualaikum.
Terpanggil untuk membantu rakan-rakan guru setelah membaca “long post” daripada wakil pendidik sebuah institusi pengajian tinggi awam.
Benar apa yang beliau coretkan itu.Hakikat pahit yang perlu ditelan. Sekali lagi warga guru menjadi topik hangat di media sosial.Dikecam dan dipertikaikan kreadibiliti guru.
“Kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit”.
Tidak mudah tapi kita perlu sedar bahawa Pandemik Covid-19 ini sedikit sebanyak mengubah sistem pembelajaran dan pengajaran di Malaysia.
Para guru perlu peka dengan kehendak dan permintaan masyarakat khususnya ibu bapa dan penjaga yang mula runsing dengan pendidikan anak-anak. Pembelajaran dan pengajaran secara maya perlu dipertingkatkan demi kemenjadian murid dalam pendidikan. Pendidikan untuk semua.
Di sini saya kongsikan cara paling mudah untuk warga guru menghasilkan video PdPc yang ringkas namun menarik sebagai rujukan anda.
CARA BUAT & KONGSI VIDEO PDPC TANPA GUNA YOUTUBE .Khas untuk warga guru yang tiada channel youtube. Anda hanya perlu taipkan www.canva.com di enjin carian google dan sign up untuk menggunakan aplikasi ini. Terdapat pelbagai template menarik yang boleh anda guna sebagai rujukan. Untuk memohon langganan Canva for Education sila gunakan akaun Edidik Malaysia atau akaun MOE .Mudah dan percuma.
Link video : https://youtu.be/RR7dnrJ3dLY
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua warga guru. Ayuh kita ber PdPR!