Assalamualaikum, salam sejahtera..
Saya perasan ada seorang waris yang mempertikaikan guru-guru yang hanya tahu kongsikan video milik guru lain waktu PDPR 2020. Mungkin ada betulnya juga luahan waris tersebut.
Kan lebih baik kalau guru-guru mampu hasilkan video sendiri, muka cikgu sendiri yang bercakap dalam video tersebut. Pasti para pelajar rasa lebih seronok dan bersemangat untuk belajar.
Jadi saya ambil kesempatan ini untuk bantu guru-guru hasilkan video dengan cara paling MUDAH tanpa kos (PERCUMA) serta BERKESAN. Tak lama, cuma 13minit video tutorial ini. Tonton hingga habis dan jika kurang jelas ulang tonton..
Jika nak belajar lebih lagi cara penghasilan video PDPC yang baik, nantikan pengambilan Batch ke-4 Akademi Youtuber (AYU) khas untuk guru-guru seluruh Malaysia #gurubersamaguru, tanpa sebarang bayaran (PERCUMA).
Setakat hari ini lebih 10 ribu Video PDPC yang di hasilkan oleh guru-guru di AYU dan lebih SERIBU Tusyion Online yang telah dijalankan untuk anak pelajar seluruh negara secara PERCUMA. "Bermula Percuma, Selamanya Percuma"
Link video : https://youtu.be/rrUdyhGWswg
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada guru-guru dalam menempuh norma baharu PDPR.