Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

Misi pencarian Ikon eDidik Junior bersama Akademi Youtuber Malaysia berlangsung meriah!

 


Akademi Youtuber : Wacana Ilmu Misi Pencarian Ikon eDidik Junior bersama Akademi Youtuber Malaysia berlangsung meriah dengan sokongan guru-guru, pelajar dan ibu bapa. 

Majlis ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru, pelajar dan ibu bapa berkaitan Misi Pencarian Ikon eDidik Junior yang akan dijalankan bermula pada 24 Januari 2021. Sehingga kini, Akademi Youtuber telah mendapat pengesahan penyertaan seramai 1,412 orang pelajar seluruh negara untuk menyertai misi pencarian ini. 

Misi Pencarian Ikon eDidik Junior pada kali ini disertai oleh 40  orang guru selaku Ketua Panitia untuk subjek masing-masing. Seramai 40 orang pelajar akan dianugerahkan sebagai Ikon eDidik Junior mewakili setiap subjek yang disenaraikan dalam pembentangan secara langsung ini. 



Majlis bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Masrimee atau dikenali dengan panggilan Ustaz Mee Temenggong melalui channel youtube beliau. Majlis turut disertai Naib Pengerusi eDidik Malaysia iaitu Dr. Juhaida binti Abdul Aziz, Yu. Mamat Solleh bin Ismail Youtuber Manager merangkap Setiausaha Kehormat eDidik Malaysia Yu. Mamat Solleh bin Ismail dan Yu. Suffi Yusof selaku Youtuber Manager di Akademi Youtuber Malaysia. 

Unit VO Akademi Youtuber yang diketuai oleh Yu. Fandy dan Yu. Idayu dengan menampilkan beberapa ahli untuk memastikan kelancaran majlis. Di antara ahli yang terlibat ialah Cikgu Umi Juema, Cikgu Eqa dan Cikgu Jamalee. Manakala bahagian teknikal pula yang diketuai oleh Yu. Rumainno menampilkan YU. Ling sebagai pegawai teknikal untuk majlis pada kali ini. 


Di akhir program, Ketua Panitia AYU juga mengambil peluang untuk bertemu dengan para penonton menjelaskan lagi berkaitan perjalanan program yang akan berlangsung. Ketua Panitia juga akan memberikan 'Hadiah Misteri' istimewa untuk pelajar yang dinobatkan sebagai Ikon untuk subjek mereka. 

Semoga misi pencarian pada kali ini dipermudahkan dan berjaya menarik minat pelajar untuk terus menimba ilmu walupun kita masih di dalam situasi menghadapi pandemik Covid-19. Pelajar ada alternatif untuk membangun dan meningkat prestasi akademik walaupun kita dalam perjuangan untuk membebaskan negara daripada Covid-19. Kita pasti menang!

Tonton siarang ulangan untuk informasi padat di sini : https://www.youtube.com/watch?v=kEqW7Vc89KY


Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama