Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
berita

ADA APA DENGAN WOW (WORDS OF WISDOM) ??

Pandemik Covid-19, telah memberikan kesan yang mendalam kepada sektor pendidikan negara, para guru dan murid tidak lagi dapat meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Akibatnya, ada murid yang mula hilang semangat untuk belajar, dan ada juga yang terkesan kesihatan mentalnya disebabkan pelbagai cabaran dalam proses perintah kawalan pergerakan mereka.

Menyedari hal ini, Panitia Bimbingan dan Kaunseling Akademi Youtuber Malaysia, dengan kerjasama eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia, telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah program motivasi iaitu Words of Wisdom (Wow). Tujuan penubuhan program ini adalah untuk memberikan bimbingan dan motivasi berterusan kepada semua lapisan masyarakat.

Turut menyasarkan para guru dan ibu bapa, program ini terdiri daripada empat segmen utama, iaitu Boost Up Yourself, Positive Parenting, Ikon Inspirasi dan Sihat Minda Bahagia Jiwa. Mula bersiaran secara langsung buat kali pertama pada 15 Januari 2021, program yang diusahakan oleh Cikgu Anom Hawa bersama lima orang ahli panitia yang lain ini sentiasa menampilkan tetamu jemputan yang berkaliber dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

Setelah empat minggu ke udara, buat kali pertamanya mereka membawakan segmen Minda Sihat Bahagia Jiwa dengan tajuk perbincangan Speaks Your Minds. Tetamu undangan pada kali ini adalah seorang penceramah yang mempunyai 18 tahun pengalaman dalam mengendalikan pembelajaran dan latihan. Ditemani tiga orang ahli Panitia Bimbingan dan Kaunseling iaitu Cikgu Tinah binti Naim, Cikgu Nur Fatimah binti Razali dan Cikgu Farrida Binti Mohd Ghazali, En Mohd Shariman Che Deris atau lebih dikenali sebagai Abe Long, kini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan dan Pemasaran Felda Technoplant Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Beliau seringkali diberi kepercayaan sebagai pengendali dan penceramah program oleh pelbagai syarikat kerajaan dan swasta, malah pernah muncul di kaca televisyen sebagai panelis TV Al-Hijrah selama 8 siri pada tahun 2017.

Berbicara mengenai persepsi oleh minda yang menghasilkan tindakan susulan, En Shariman menerangkan bahawa terdapat lima elemen yang akan menyebabkan sesebuah persepsi terbentuk iaitu visual, audio, kinesthetic, olfactory dan gustatory. Apa yang dilihat, didengar dan dirasa terutamanya akan menghasilkan pelbagai persepsi, justeru minda yang sihat akan memainkan peranan untuk mengawal dan menapis kelima-lima aspek tersebut agar persepsi yang dihasilkan adalah persepsi yang positif dan seterusnya menghasilkan tindakan yang baik. Adalah penting untuk kita mengawal persepsi diri, memandangkan ia akan memberikan impak terhadap keadaan mental, emosi, fisiologi dan juga tingkah laku.

Menurut En. Shahriman juga, minda yang sihat adalah minda yang tenang dan jelas tentang kehidupan. Justeru, adalah penting untuk kita menapis dan mengawal persepsi dengan ‘membuang’ perkara-perkara yang tidak perlu atau memberikan kesan negative kepada diri kita. Meskipun kita tidak mampu untuk mengawal sikap dan tutur kata orang lain terhadap kita, namun kita boleh mengawal pemikiran kita untuk sentiasa memikirkan kesan yang akan diperolehi atas setiap Tindakan yang kita lakukan. Kita juga perlu menanam kepercayaan yang tinggi terhadap diri kita, agar perkara negative yang diucapkan tentang diri kita tidak memberi kesan yang buruk ke atas pemikiran. Walaubagaimanapun, jika keadaan tersebut berterusan, kita perlulah berhadapan dengan individu tersebut secara berhemah untuk mendapatkan penyelesaian.

Walaupun berhadapan dengan beberapa masalah teknikal sepanjang program berlangsung, rata-rata penonton memberikan maklum balas yang positif terhadap penyampaian santai tetapi penuh semangat oleh En. Shariman, dan memuji ketenangan Cikgu Tina, Cikgu Nur Fatimah dan Cikgu Farrida dalam mengendalikan situasi tersebut. Senyuman yang sentiasa terukir di wajah mereka menambahkan semangat kepada ribuan penonton untuk kekal bersama mereka sehingga ke hujung rancangan.

Tajuk yang dibincangkan pada hari ini sedikit sebanyak memberikan ilmu kepada para guru, ibu bapa dan murid untuk mencetuskan minda yang sihat dalam mengawal persepsi mereka, agar dapat terus bertahan menghadapi cabaran dalam pendidikan sepanjang pandemik ini. Memetik motto Panitia Bimbingan dan Kaunseling, Be Yourself, Inspire the Others. 

https://youtu.be/yeZvth5Pm2o

 Disediakan oleh:

Arma Yusof @Armayusof

AYU Press Official 



Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama