Salam sejahtera.
Terpanggil untuk membantu rakan-rakan guru setelah ada yang
bertanya bagaimana hendak menyediakan e-sijil untuk tujuan PdPc.
Krisis global
akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan
pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru
semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan
dan kebiasaan baharu yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
secara dalam talian.
Dalam alaf
baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, tiada pilihan
selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks
pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT).
Di sini saya kongsikan cara bagaimana menghasilkan e-sijil
dengan adds on Autocrat dalam Google Sheet.
Link video: https://youtu.be/W6a8reT465I
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua
warga guru. Ayuh kita ber PdPR!