Canva adalah satu aplikasi yang mudah digunakan (user-friendly) oleh guru bagi menyediakan persembahan video pembelajaran atau poster atau iklan kelas PdPR. Guru juga boleh membina sendiri header google form melalui Canva secara kreatif.
Di sini saya kongsikan cara bina header google form menggunakan aplikasi Canva iaitu guru hanya masuk ke akaun DELIMA atau aplikasi Canva yang telah dipasang dalam handphone yang telah didaftarkan sama ada menggunakan gmail persendirian atau menggunakan akaun DELIMA. Ini kerana aplikasi Canva sedia dibenamkan dalam pelantar DELIMA. Jadi guru-guru boleh mengoptimumkan penggunaan aplikasi ini.
Berikut adalah pautan video tutorial saya:
https://www.youtube.com/watch?v=v20cie4kAhg&t=28s