Assalamualaikum dan Selamat sejahtera
Neuro Linguistic Programme adalah antara salah satu cabang ilmu yang menumpukan kepada asasnya apa yang berlaku dalam fikiran akan diterjemahkan kepada tindakan. Kerana itu NLP dikatakan sebagai cabang ilmu dalam Model Kecemerlangan Manusia.
SPEAKS YOUR MIND akan menumpukan kepada aspek ini, iaitu bagaimana untuk memilih input yang betul dan tepat melalui 5 deria utama iaitu :-
1. Visual
2. Auditory
3. Kinesthetic
4. Olfactory
5. Gustotory.
Minda yang sihat adalah minda yang boleh dan mampu untuk mengawal input yang masuk ke dalam fikiran melalui 3 tindakan penapis minda :-
1. Delete
2. Distort
3. Generalised
Seorang yang mampu mengawal dengan baik 5 sensori ini melalui 3 penapis akan tentunya mampu mengawal tindakan dan psikologinya juga dengan baik dalam konteks Mental Disorder sebelum ianya dirujuk kepada psikatrik. Rawatan awalnya adalah apa yang berlaku dalam minda, soal kekecewaan, kegagalan, kemarahan, bingung semuanya berlaku dalam minda yang gagal ditadbir dengan baik. Ramai yang berkata, ianya perkara mudah namun tidak ramai yang mampu melaksanakannya dengan baik tanpa mengetahui teknik yang betul.
SPEAKS YOUR MIND akan menekankan kepada 4 fokus utama iaitu :-
1. Kesedaran Diri
2. Penunjuk Aras Minda Sihat
3. Kaedah Kawalan Minda Diri
4. Membudayakan kekuatan minda
Melalui empat fokus ini, audien akan lebih :-
1. Faham di mana aras emosi dan pemikiran diri
2. Mengetahui tindakan yang patut dibuat
3. Meningkatkan kemahiran kawalan minda sihat
4. Mudah dan tabah untuk menerima takdir-Nya dengan lebih baik.
Audien juga akan didedahkan dengan terapi ‘Self Visualisation’ bagi menampakkan di maka kedudukan emosi dan pemikiran mereka kini.
Oleh itu, Panitia Bimbingan & Kaunseling Akademi Youtuber dengan Kerjasama e-didik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia menampilkan seorang Pakar NLP, En. Mohd Shariman Bin Che Idris, Perunding Pembangunan Keluarga berkongsi kepada kita semua tentang bagaimana cara untuk “Speaks Your Mind”.
Butiran program adalah seperti berikut :
TARIKH : 05 FEBRUARI 2021
HARI : JUMAAT
MASA : 3.30 PETANG
❗️Jemput semua Join sama
❗️GURU / PELAJAR / IBU BAPA
✅E-SIJIL PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN DISEDIAKAN
JOIN SIARAN LANGSUNG ✅
https://www.youtube.com/watch?v=7xMaOZmJHRU
Moderator ANDA :👏👏
Cikgu Tina @Tina151
SMKA PAGOH, MUAR, JOHOR
“BE YOURSELF, INSPIRE THE OTHERS”
Anjuran:
Akademi Youtuber Malaysia
Edidik Malaysia
Kelab Guru Malaysia