Quizizz adalah satu aplikasi kuiz yang mudah digunakan (user-friendly) untuk dilaksanakan oleh guru bagi menguji tahap penguasaan murid selepas pembelajaran berlaku secara maya. Murid-murid juga suka dan seronok apabila menjawab soalan kuiz menggunakan aplikasi ini kerana leaderboard yang dipaparkan boleh menyuntik semangat kepada murid-murid untuk berlumba-lumba menduduki tangga teratas.
Di sini saya kongsikan cara menggunakan aplikasi Quizizz secara LIVE ketika guru menjalankan PdPR sama ada ketika Google Meet, LIVE YouTube atau pun menggunakan What’sApp ketika proses pembelajaran.
Guru hanya masuk ke akaun Quizizz yang telah didaftarkan sama ada menggunakan gmail persendirian atau menggunakan akaun DELIMA. Ini kerana aplikasi Quizizz sedia dibenamkan dalam pelantar DELIMA. Jadi guru-guru boleh mengoptimumkan penggunaan aplikasi ini.
Murid pula hanya klik link yang telah dijana oleh guru dalam Quizizz dan terus boleh menjawab kuiz tanpa perlu memasang (install) aplikasi Quizizz dalam peranti atau telefon mereka.
Berikut adalah pautan video tutorial saya:
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=wa2-uzkeu_s&t=69s