Assalamualaikum.
Terpanggil untuk membantu rakan-rakan guru setelah ada yang bertanya bagaimana hendak membuat rakaman skrin video untuk tujuan PdPc.
Tidak mudah tapi kita perlu sedar bahawa Pandemik Covid-19 ini sedikit sebanyak mengubah sistem pembelajaran dan pengajaran di Malaysia. Guru perlu berubah selari dengan perubahan teknologi dalam pendidikan.
Para guru perlu bersedia melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran secara maya demi mempertingkatkan kemenjadian murid dalam pendidikan.
Di sini saya kongsikan cara paling mudah untuk warga guru merekod
skrin dengan menggunakan Zoom Meeting.
Link video: https://youtu.be/MeZCdt0jC1Y
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua
warga guru. Ayuh kita ber PdPR!