Pemilihan persatuan, unit beruniform dan Kelab sukan permainan secara online boleh dibantu dengan menggunakan Choice Eliminator 2.
Lazimnya, murid akan memilih persatuan tertentu berdasarkan sebab tertentu. Seringkali juga pemilihan mereka hanya berdasarkan pilihan rakan.
Maka berlakulah ketidakseimbangan yang ketara dalam bilangan ahli bagi persatuan-persatuan yang ada.
Sekiranya tugasan pemilihan ini dilakukan secara dalam talian, bagaimana untuk tetapkan had tertentu kapasiti setiap persatuan ?
Borang dalam Google form boleh di set limit kepada berapa respon yang kita perlukan. Terdapat beberapa pilihan. Namun, dalam video ini saya mencadangkan penggunaan Choice Eliminator 2. Ianya sangat mesra pengguna.
Dari paparan Google Form, boleh pilih add-ons. Pilih Choice Eliminator 2 dan install. Masuk semula ke GF, pilihan CE2 telah ada dalam senarai..
Tekan, pilih CONFIGURE dan pilih item yang ingin ditetapkan limit tersebut.
Setelah ditulis setiap limit, Google Form ini sudah sedia untuk dikongsi...
Choice Eliminator 2 memerlukan 2 saat untuk memproses form yang dihantar sebelum menerima form yang seterusnya.
Bagi mengelakkan kegagalan fungsi Choice Eliminator 2, anda mungkin boleh menyediakan beberapa borang, contohnya untuk lelaki dan perempuan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu meringankan pengurusan anda.
Selamat mencuba. 👌