Tutorial Mudah Menggunakan WHITEBOARD.Fi Semasa Kelas Online PdPR
Musim PdPR ini ramai guru dan murid berinteraksi secara maya sepanjang proses pembelajaran. Oleh itu, para guru dan murid banyak menghabiskan masa di hadapan komputer ataupun gajet . Apa kata jadikan proses pembelajaran yang biasa dan membosankan menjadi lebih seronok dengan aplikasi yang menarik ini.
Tutorial yang mudah untuk mengajar para guru menggunakan software Whiteboard.Fi yang percuma. Tidak perlu register ataupun login. Terdapat banyak fungsi yang boleh digunakan, hanya secara percuma. Cikgu-cikgu boleh menconteng, menulis,melukis, memasukkan imej, membuat petak, membuat baluk muzik, membuat formula matematik, hanya dengan menggunakan WHITEBOARD.Fi ini sahaja.
Selain itu, cikgu-cikgu dapat juga berinteraksi dengan murid-murid melalui whiteboard ini serta dapat menyemak hasil kerja murid serta-merta dalam whiteboard ini.. Jom, ikuti tutorial ini untuk menjadikan sesi pembelajaran maya lebih seronok. Saya juga menyediakan video tutorial dalam Bahasa Mandarin.
Pautan Video : https://youtu.be/cLVum5_kgpU (Bahasa Melayu)
https://youtu.be/wkhNqI4IiJY (Bahasa Mandarin)
Cikgu Pung
https://youtube.com/c/ChapbalangLife