Rentetan itu, seramai 8 orang ahli Akademi Youtuber (AYU) yang diketuai oleh En Muhd Ihsan Che Mat (Cikgu Benn) dan En Zuly Rahimie Zulkifli selaku ketua Youtuber Trainer AYU telah berkampung selama 2 hari di BPI, KPM yang terletak di Cyberjaya pada 23 - 24 Mac 2021 bagi merangka modul kursus kemahiran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk GPI. Hasilnya, kursus rintis yang pertama akan dijalankan pada 7-8 April 2021 di Negeri Sembilan. Selepas itu, kursus ini dijangka akan menjelajah ke seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dengan bantuan ahli-ahli AYU yang terlatih di seluruh Malaysia. Semoga program berjalan lancar dan AYU dapat membantu melahirkan pendidik yang berevolusi dan mampu memenuhi keperluan global serta memacu pembelajaran digital negara.