Sesuai dengan namanya, ‘Usrah Santai’ merupakan
sebuah program perkongsian ilmu yang santai tetapi cukup memberi kesan kepada
para pendengar. Setiap minggu, pasukan sukarelawan usrah yang terdiri daripada
Teacher Yuhaida, Ustaz Rosmadi, Bro Rumainno dan Bro Hazar akan membawakan satu
mesej untuk dijadikan panduan dan amalan buat semua pendengar. Objektif
program ini iaitu untuk membuahkan peningkatan amalan dan akhlak melalui ilmu
yang dikongsi.
Mula bersiaran pada 13 November 2020, program
ini telah menampilkan ramai tetamu istimewa yang berkongsi pengalaman dan ilmu
masing-masing. Setiap kali ke udara, pasti ada jiwa yang tersentuh, ada air
mata yang luruh dan ada ukhwah yang terbentuk. Begitulah hebatnya tarikan yang
ada dalam usrah santai ini, sehingga ada penonton yang sentiasa setia dan
tertunggu-tunggu untuk bersama mereka pada setiap minggu.
Antara tajuk yang pernah dikongsikan dalam
program ini iaitu Niat, Redha, Positive Circle, Anak Jambatan Syurga,
Kuasa Doa, Hikmah di Sebalik Ujian, Memberi vs Meminta, Dakwah Tugas Semua
serta Bahagia Dalam Memberi. Setiap tajuk membawa penonton untuk mengenali
Allah dengan lebih mendalam dan menyusuri sirah Rasulullah s.a.w.
Perbincangan merentas generasi ini bukan sahaja
berfokuskan kepada murid sekolah dan guru, tetapi sesuai untuk tontonan setiap
lapisan masyarakat yang menjanjikan santapan minda dan rohani yang sangat
menarik dan bermanfaat. Mari kita tonton antara selingan yang menyentuh hati
para penonton sepanjang 18 minggu usrah bersiaran.
https://www.youtube.com/watch?v=7pb0G9DSiMk
Disediakan oleh:
Arma Yusof @Armayusof
AYU PRESS OFFICIAL