Pantun adalah sejenis puisi tradisional yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Di sekolah aktiviti ini biasanya diperkenalkan dalam Minggu Panitia Bahasa Melayu atau dalam aktiviti lain di sekolah. Ini adalah salah satu cara agar puisi ini terus segar dalam minda anak bangsa dari dahulu hingga kini.
Video ini adalah berkenaan aktiviti Mari Berpantun oleh murid-murid tahun 1 sempena Minggu Panitia Bahasa Melayu SK Seksyen 17, Shah Alam. Video ini boleh dijadikan panduan untuk guru-guru dan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menanamkan sikap berani dan yakin dalam diri mereka di samping mengekalkan adab dan budaya kita agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas . Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada aktiviti ini.
PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=AJj67ufcguA
NAMA GURU : ZANARIAH BINTI ABDUL HALIM
SEKOLAH : SK SEKSYEN 17, SHAH ALAM
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/DIYBYZANAHAZIQ