Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
Aktiviti

PROGRAM RINTIS AKADEMI YOUTUBER - BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM

 



AYU TERUS TERBILANG! KURSUS PDPR DILAKSANA HASIL KERJASAMA AYU DAN BPI-KPM


Pada tanggal 7-8 April 2021 telah dijalankan Kursus Kemahiran Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) Untuk Guru-guru Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab KPM Negeri Sembilan Tahun 2021 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Jelebu. Negeri Sembilan. 


Program rintis yang dianjurkan oleh Unit Perancangan Dan Pembangunan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidian Malaysia ini telah dihadiri oleh 50 orang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab terpilih dari seluruh Negeri Sembilan.



Bagi merealisasikan kursus yang mendapat kerjasama Edidik Malaysia dan Akademi Youtuber (AYU) ini, seramai 8 orang Jurulatih dan Fasilitator AYU diketuai oleh En Zuly Rahimie Zulkifli selaku Ketua Youtuber Trainer  AYU telah diberi mandat bagi mengendalikan kursus ini dengan mengetengahkan modul-modul yang telah direka khas di antaranya pengenalan kepada peralatan rakaman dan perisian, asas pembinaan bahan interaktif, rakaman video dan suntingan video.




Setelah dua hari berkampung di ILIM kampus Jelebu yang dikelilingi oleh gunung ganang yang menghijau, para peserta telah berjaya menghasilkan video interaktif Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang menarik dan kreatif menggunakan power point. Di akhir kursus, para peserta membentangkan hasil video masing-masing dan diberi komen penambahbaikan oleh para jurulatih diketuai oleh Muallim Hazar dan Yu. Zuly. 




Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh Puan Salwa Binti Awang, Penolong Pengarah, Unit Kajian dan Pembangunan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Di antara intipati ucapan beliau, Puan Salwa mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada barisan jurulatih AYU yang telah bertungkus lumus menyampaikan ilmu dan mengendalikan kursus dengan jaya dan amat cemerlang sehingga objektif kursus tercapai. Beliau juga berharap agar AYU dan Edidik Malaysia terus bekerjasama bagi mengendalikan siri kursus-kursus seperti ini pada masa akan datang di negeri-negeri lain pula.


Kini, ahli AYU bukan sahaja aset sekolah, PPD dan JPN malahan juga aset KPM dan negara. Tahniah! Yu. Suffi selaku Youtuber Manager AYU, pihak pengurusan tertinggi AYU dan Edidik.




Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama