Menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid terutamanya murid Tahun 1. Untuk menguasai kemahiran membaca, murid-murid perlu tahu membatangkan suku kata dahulu. Setelah menguasai kemahiran membatangkan suku kata mereka dapat membaca perkataan dengan baik. Selepas itu, secara tidak langsung murid-murid akan dapat membaca frasa dengan baik. Diikuti dengan membaca petikan mudah.
Setelah murid-murid boleh menguasai kemahiran membaca dengan baik. Murid-murid juga perlu memahami apa yang mereka baca. Terdapat segelintir murid yang tahu membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dengan baik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=gqW22nX3MrA
NAMA GURU :CIKGU HASYAH
SEKOLAH : SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/c/CikguHasyah