Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.
Tutorial untuk murid-murid / guru / ibu bapa untuk merujuk jawapan latihan Bahagi Buku Teks Tahun 4 ms:43, latih Diri soalan no 2 (d,f ).TUTORIAL INI MENGGUNAKAN SIFIR KAWIN
Tutorial ini disediakan untuk memudahkan murid-murid merujuk dan menyemak jawapan. Sekiranya ada kesilapan , mudahlah untuk murid membetulkan. Kaedah ini juga menjimatkan masa guru untuk membuat penerangan kerana masa yang terhad di sekolah untuk mengajar tajuk-tajuk baharu. Selain itu, murid-murid / ibu bapa boleh mengulang siar tutorial ini pada bila-bila masa walau di mana jua berada dan boleh ditonton beberapa kali untuk mendapat lebih kefahaman.
Diharapkan Tutorial ini dapat membantu para ibu bapa, murid-murid sekalian dan bolehlah dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain.
✅PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=9zCQ3pXs8V8
✅NAMA GURU :
CIKGU SYENARI
✅SEKOLAH :
SK RANTAU PANJANG, BESTARI JAYA, SELANGOR
✅SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/c/CikguSyenaRisatu