Struktur ayat dalam Bahasa Melayu telah didasari oleh pelbagai kata tugas. Kepelbagaian kata tugas ini telah menjadikan Bahasa Melayu sangat unik dan sistematik. Kata-kata tugas akan hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu peranan sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penafi, penguat, pendepan dan sebagainya.
Kata seru merupakan salah satu kata tugas dalam Bahasa Melayu. Dalam video pengajaran ini, murid-murid tahap satu khususnya dapat mengenali kata seru dengan lebih mudah. Selain itu, murid-murid dapat belajar tentang ayat seru yang menggunakan kata seru dengan betul. Sesi pengajaran diselitkan juga dengan unsur-unsur hiburan supaya murid-murid terhibur dan bersemangat untuk belajar bersama dengan cikgu.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=plDmIBLzEaw
NAMA GURU :
CIKGU NUR MAISARAH MOHD ZUKHE
SEKOLAH :
SEK. REN. ARAB (JAIM) MERLIMAU PASIR, MELAKA
SALURAN YOUTUBE :