Assalamualaikum dan Selamat sejahtera
Bukan hidup namanya kalau tidak berhadapan dengan dugaan atau cabaran. Ibarat tidak lengkap nasi tanpa lauk. Demikian tafsiran cabaran dan dugaan dalam kehidupan kita sebagai manusia selagi berpijak di bumi nyata.
Dugaan dan cabaran amat berat ibarat sedang memikul batu yang besar. Namun begitu, suka atau tidak kita harus berlapang dada untuk menerimanya. Cabaran adalah lumrah dan ketentuan yang menghiasi kehidupan kita.
Menuju puncak kejayaan pada alaf ini, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Pelbagai halangan dan rintangan yang perlu ditempuhi. Kita perlu lengkapkan diri bukan sahaja dari aspek mental malah emosi, tingkah laku dan spiritual turut memainkan peranan sangat penting. Itulah kekuatan yang perlu dimiliki dalam proses mendapatkan kejayaan.
Sempena Aidilfitri yang indah ini, Panitia Bimbingan & Kaunseling berbesar hati membawakan penceramah tidak asing lagi, Cr Muhammad Luqman bin Ibrahim untuk berkongsi dengan semua teknik-teknik yang perlu ada untuk berhadapan Cabaran Kejayaan alaf kini. Butiran adalah seperti berikut :
TARIKH : 14 MEI 2021
HARI : JUMAAT
MASA : 3.30 PETANG
❗️Jemput semua Join sama
❗️GURU / PELAJAR / IBU BAPA
JOIN SIARAN LANGSUNG ✅
https://www.youtube.com/watch?v=fPYvPZ9LFIE
Moderator ANDA :👏👏
Cikgu Farrida @FarridaMG
SMK BANDAR DAMAI PERDANA
“BE YOURSELF, INSPIRE THE OTHERS”
Anjuran:
Akademi Youtuber Malaysia
Edidik Malaysia
Kelab Guru Malaysia