Video ini menerangkan tentang definisi, penggunaan dan contoh Penanda Wacana. Video ini amat sesuai untuk semua golongan terutama untuk Tahun 4,5 dan 6 sekolah rendah. Penanda Wacana amat penting untuk murid dan pelajar tahu kerana ia merupakan rangkaian perkataan yang digunakan untuk menyambung ayat yang berkaitan sebelumnya.
Terdapat beberapa jenis Penanda Wacana yang perlu kita tahu untuk memastikan kitq menggunakannya dengan betul dan tepat. Antaranya ialah penggunaan Penanda Wacana pada permulaan Karangan, memulakan isi baharu, menghuraikan isi karangan, menghuraikan contoh, menutup isi, dan memulakan peribahasa.
Dalam video ini juga disertakan contoh ayat serta latihan dalam bentuk Google Form iaitu anda perlu mengimbas Qr Code untuk menjawab latihan. Semoga perkongsian daripada saya ini memberi manfaat untuk semua. Sekian, Terima Kasih.
Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=axLYYXLlNSo
IRNI WIDAHYU BINTI AHMAD
SK HULU BERNAM, HULU SELANGOR
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguIrniAhmad