Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
featured

SAINS TINGKATAN 2 BAB 7.1 KEELEKTRIKAN (TENAGA DAN CAS ELEKTROSTATIK)

 TENAGA


Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja. Misalnya, manusia memerlukan tenaga dari makanan untuk belajar, bermain, bekerja, beriadah dan lain-lain lagi. Benda bukan hidup seperti kipas pula memerlukan tenaga untuk berfungsi. 

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, tetapi ia boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti tenaga kinetik, tenaga keupayaan kenyal, tenaga keupayaaan graviti, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga bunyi dan tenaga nuklear. 

Tonton video berikut untuk memahami bentuk-bentuk dan sumber-sumber tenaga dengan lebih mendalam. 

Klik link di bawah untuk latihan ulangkaji Liveworksheets bagi tajuk Tenaga.

https://www.liveworksheets.com/2-hf901863hy


CAS ELEKTROSTATIK


Pernahkan anda terkena sedikit renjatan elektrik apabila cuba untuk membuka tombol pintu? Mengapakah hal ini berlaku? Ianya disebabkan tindak balas di antara cas elektrostatik pada pintu dengan cas elektrik dalam badan anda. 

Apakah itu cas elektrostatik? Cas elektrostatik adalah cas elektrik yang statik (pegun). Terdapat dua jenis cas elektrik iaitu proton dan elektron. Cas elektrostatik berlaku disebabkan pemindahan elektron dari satu bahan ke bahan yang lain. Bagaimana pemindahan itu berlaku?

Tonton video ini untuk lebih memahami tentang bagaimana cas elektrostatik boleh berlaku, bagaimana elektroskop dapat membantu mengesan bahan bercas, serta kejadian kilat yang berlaku disebabkan oleh wujudnya cas elektrostatik. 

Klik link di bawah untuk latihan ulangkaji Liveworksheets bagi tajuk Cas Elektrostatik.

https://www.liveworksheets.com/2-mn901871of


ARUS, VOLTAN, RINTANGAN DAN HUKUM OHM


Galvanometer adalah alat untuk mengesan arus dalam kuantiti yang sangat kecil. Apabila penjana Van de graff dihidupkan, kubah penjana akan bercas positif. Kubah disambung kepada galvanometer dan seterusnya galvanometer disambung ke pili besi untuk dibumikan. Cas negatif atau elektron bumi akan tertarik kepada cas positif penjana. Sebaik sahaja cas elektrik mengalir, arus akan terhasil dalam arah yang bertentangan dengan cas elektrik, memasuki galvanometer dan menyebabkan jarum galvanometer terpesong. Ini menunjukkan kehadiran arus elektrik. 

Arus,I adalah kadar pengaliran cas elektrik (elektron) dalam sesuatu konduktor. Unit arus adalah ampere, A. Arus boleh diukur dengan menggunakan ammeter, di mana ammeter disambung secara bersiri di dalam litar. 

Bagaimana pula dengan voltan, V dan rintangan, R? Apakah hubungan di antara arus, voltan dan juga rintangan? Untuk memahami tajuk ini dengan lebih baik, tonton video yang disediakan serta jawab latihan kuiz live worksheets berikut. 

Klik link di bawah untuk latihan ulangkaji Liveworksheets bagi tajuk Arus, Voltan, Rintangan dan Hukum Ohm.

https://www.liveworksheets.com/2-bc926543dv

Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama