Tanda baca ialah tanda yang
digunakan dalam penulisan atau binaan ayat. Tanda baca diletakkan di
tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan kesesuaiannya. Murid perlu
menguasai penggunaan tanda baca supaya tidak melakukan kesilapan semasa
menulis.
Tanda baca utama dalam Bahasa Melayu:
a) huruf besar
b) titik (.)
c) tanda seru (!)
d) tanda tanya (?)
e) tanda koma (,)
f) tanda sempang (-)
g) titik bertindih (:)
h) tanda pembuka dan penutup kata (" ")
HURUF BESAR
Huruf besar digunakan di huruf pertama permulaan ayat dan huruf pertama untuk Kata Nama Khas. Murid-murid perlu peka semasa menulis supaya dapat menggunakan huruf besar dengan betul dan tepat. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru dalam sesi PdPR. Jangan lupa ketik butang "subscribe" Channel Cikgu Saripah sebagai tanda sokongan anda. Pelbagai video Bahasa Melayu dihasilkan untuk semua. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
PAUTAN VIDEO : https://www.youtube.com/watch?v=J6q0z3rGfcw
NAMA GURU : CIKGU SARIPAH BT MAT DAUD
SEKOLAH : SK SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG , SELANGOR.
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguSaripah