Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang
berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini
dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha
untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari
di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah
pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.
Tutorial ini disediakan untuk memudahkan murid-murid merujuk dan menyemak jawapan. Sekiranya ada
kesilapan , mudahlah untuk murid membetulkan. Kaedah ini juga menjimatkan masa guru untuk membuat
penerangan kerana masa yang terhad di sekolah untuk mengajar tajuk-tajuk baharu. Selain itu,
murid-murid / ibu bapa boleh mengulang siar tutorial ini pada bila-bila masa walau di mana jua berada
dan boleh ditonton beberapa kali untuk mendapat lebih kefahaman.
Diharapkan Tutorial ini dapat membantu para ibu bapa, murid-murid sekalian dan bolehlah dikongsikan
kepada rakan-rakan yang lain.
✅PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=nTOUhfbkfE0
✅NAMA GURU :
MIZZ ANIE
✅SEKOLAH :
SK GALI RAUB PAHANG
✅SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/mawardesa