Kemahiran mendengar dan bertutur juga merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid pada awal pembelajaran mereka.
Standard Kandungan : 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
Standard Pembelajaran : 1.2.1 Bertutur dengan sebutan yang betul dan intonasi secara bertatasusila.
Guru merujuk Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 muka surat 39 dan 40 serta Buku Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 1 Jilid 1 muka surat 43. Murid-murid, guru-guru dan ibu bapa boleh menonton video ini di mana-mana sahaja. Pastikan pelajaran anak-anak tidak ketinggalan.
Kemahiran mendengar dan bertutur kali ini akan mengajar murid-murid cara menuturkan dialog dengan sebutan yang betul dan intonasi secara bertatasusila. Murid-murid juga diajar untuk melengkapkan dialog berdasarkan maklumat yang diberi. Oleh itu, Channel Cikgu Hasyah mengambil inisiatif untuk menghasilkan video pembelajaran berkaitan tajuk ini untuk memberikan kefahaman yang cepat dan menyeronokkan kepada murid-murid. Kaedah ansur maju akan diaplikasikan untuk memberi peluang kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran mengenal huruf dengan baik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
Jangan lupa untuk kongsi video ini supaya manfaatnya dapat dinikmati bersama.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=B9slyVb2cFk
NAMA GURU :
CIKGU HASYAH
SEKOLAH :
SK ANGKATAN TENTERA, JOHOR BAHRU
SALURAN YOUTUBE :