Video ini adalah mengenai video PdPR untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 SK. Tema Perpaduan merupakan tema yang dipilih untuk sesi pembelajaran ini.
Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur menjadi fokus utama dalam video ini iaitu fokus memberi respons kepada ayat silaan dan ayat larangan. Standard Kandungan bagi pembelajaran ini iaitu 1.1 dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan iaitu 1.1.2
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran nanti, murid akan dapat mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ayat silaan dan ayat larangan dengan baik. Apa yang dimaksudkan dengan ayat silaan dan ayat larangan? Ayat silaan merupakan ayat yang diucapkan dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang melakukan sesuatu. Manakala ayat larangan pula ialah ayat yang diucapkan untuk menghentikan sesuatu perbuatan atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru dalam sesi PdPR. Sila LIKE, SHARE dan SUBSCRIBE Channel Cikgu Yattey Nawi untuk mendapatkan video-video PdPC yang lebih banyak lagi. Jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan anda.
PAUTAN VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=-CtZBbj6OSY
NAMA GURU : CIKGU YATTEY NAWI
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN CHENEH BARU,
KEMAMAN, TERENGGANU.
SALURAN YOUTUBE : https://www.youtube.com/c/CikguYatteyNawi/featured