Kali ini saya ingin berkongsi video yang mengikut tema dan tajuk di dalam buku teks. Video ini merujuk buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 di halaman 98. Semoga dengan video ini boleh membantu guru-guru dalam menjalankan sesi PdPR akan datang.
Isi pelajaran dalam tajuk ini berdasarkan Kemahiran Tatabahasa. Aktiviti ini memfokuskan murid menguasai kata tugas untuk melengkapkan cerita. Selain itu, video ini juga menerangkan secara ringkas apa itu kata tugas supaya murid jelas untuk membuat aktiviti menyambung cerita. Murid perlu menyambung cerita di perenggan terakhir dengan menggunakan sekurang-kurangnya empat kata tugas.
Secara tidak langsung, murid dapat menguasai kata tugas dengan baik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para guru dan murid-murid.
Sebagai tanda sokongan anda, sudilah kiranya anda menekan butang "Likes", "comment" dan "subscribe" Channel Cikgu AzlinaLyn . Terima kasih.🌹🌹
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=-HMcSrflUXw
LINK LATIHAN :
https://forms.gle/9ZFagbhThP7yz6EC8
NAMA GURU :
CIKGU AZLINALYN
SEKOLAH :
SK TAMAN CUEPACS , SELANGOR.
SALURAN YOUTUBE :