Cikgu dah ada akaun live worksheets, dah ada workbooks dalam tu? Jom cgu kita jadikan workbook tu sebagai buku aktiviti online. Kita assign terus pada semua murid kita, tak kira yg aktif atau tidak, kita boleh pastikan semua nama murid ada akaun supaya kita boleh lihat siapa yang jawab dan tidak. Boleh juga lihat siapa yang jawab terlebih dari yang muka surat yang kita minta, berbunga-bunga hati cikgunya.
Pada awal video saya tunjukkan bagaimana ia membantu kita untuk melihat markah semua murid, memudahkan untuk rekod PBD. Ada dua (2) cara untuk assign pada murid iaitu invite atau add. Saya gunakan cara kedua (add) yang lebih mudah, tapi saya tunjukkan juga cara yang pertama.
Semoga bermanfaat😊
Disediakan oleh:
Arma Yusof