Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari.
Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.
Satu video pengajaran dan pembelajaran (PDPc) yang dihasilkan khas untuk murid Tahun 3 memahami cara melorek pecahan perseratus dan perpuluhan dalam petak seratus.
Video ini dihasilkan dengan penerangan seperti di kelas, mudah difahami dan bersahaja menggunakan aplikasi one note untuk penerangan secara langsung. Saya mengharapkan video PDPc ini bermanfaat kepada murid-murid, juga kepada ibu bapa, rakan-rakan guru yang tercari-cari bahan PDPc untuk rujukan dan BBM untuk digunakan dalam pengajaran. Kepada ibu bapa, ia amat sesuai sebagai bahan rujukan untuk mengajar anak-anak di rumah sekiranya keciciran di sekolah akibat PKP dan sebagainya.
Sekiranya ada sebarang kekurangan, kekhilafan dalam penyampaian saya dalam video ini, sudi-sudilah kiranya menulis komen di ruangan komen untuk penambahbaikan untuk menghasilkan video yang lebih baik. Terima kasih kerana sudi menonton.
✅PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=XOtsM0eosgA
✅NAMA GURU :
CIKGU SYENARI
✅SEKOLAH :
SK RANTAU PANJANG, BESTARI JAYA, SELANGOR
✅SALURAN YOUTUBE :