Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan
yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi
Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik
dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video
PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta,
di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan
kepada rakan-rakan lain.
PDPR Matematik sesuai untuk murid dari Tahun 4 hingga 6. Bagaimana Mendarab sebarang
nombor hingga 6 digit nombor dengan nombor 1 digit hingga 2 digit. Video ini menerangkan
secara mudah satu persatu kaedah mendarab sama ada menggunakan bentuk lazim atau
kaedah lattice.Video PDPR juga sangat sesuai untuk murid-murid, para guru dan ibu bapa
untuk menontonnya. Para guru boleh juga menggunakannya sekiranya tidak sempat untuk
menyediakannya. Ibu bapa juga sangat digalakkan untuk membantu anak-anak yamg agak
lambat memahami konsep darab ini. Diharapkan video ini dapat membantu anda memanfaatkannya.
✅ PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=tpwsToGTB4g
✅ NAMA GURU :
CIKGU SYENARI
✅ SEKOLAH :
SK RANTAU PANJANG, BESTARI JAYA, SELANGOR
✅ SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/c/CikguSyenaRisatu