Standard Kandungan:
7.2 Pengaliran arus elektrik dalam litar bersiri dan litar selari
Standard Pembelajaran:
7.2.1 - Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai pengaliran arus elektrik dalam
litar bersiri dan litar selari.
Litar elektrik yang lengkap membenarkan arus mengalir melaluinya. Litar yang lengkap ini mengandungi komponen elektrik seperti sel kering, suis, ammeter, perintang dan sebagainya. Terdapat dua jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. Apa itu litar bersiri dan apa pula litar selari? Tonton video untuk penerangan lanjut tentang simbol komponen elektrik serta maksud litar bersiri dan litar selari.
Dalam litar bersiri, arus keseluruhan,I adalah sama dengan arus yang melalui perintang pertama, kedua dan seterusnya. Voltan yang melaui kesemua perintang pula adalah hasil tambah voltan-voltan bagi setiap mentol. Begitu juga dengan jumlah rintangan berkesan. Bagaimana pula dengan litar selari? Tonton video untuk memahami pengaliran arus, voltan dan rintangan berkesan dalam litar bersiri dan litar selari.
Berikut adalah pautan video:
Klik link di bawah untuk menjawab soalan kuiz liveworksheet bagi topik ini.
https://www.liveworksheets.com/2-yh933952vs
SENARAI PLAYLIST VIDEO PDPC SAINS PT3 SEKOLAH MENENGAH
TINGKATAN 1: http://bit.ly/PdPSAINSTINGKATAN1
TINGKATAN 2: http://bit.ly/PdPSAINSTINGKATAN2
TINGKATAN 3: http://bit.ly/PDPSAINSTINGKATAN3
Inisiatif :
www.akademiyoutuber.com
-EDIDIK MALAYSIA
-KELAB GURU MALAYSIA