Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari.
Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.
Penerangan selama 11 minit tentang pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 3: Pecahan perseratus dan Perpuluhan bagaimana murid menyebut dan menulis dalam perkataan dan angka dan penukaran kepada bentuk perpuluhan. Guru menerangkan menggunakan petak seratus secara langsung dan mudah difahami. Video PDPc ini sesuai kepada guru, murid-murid, ibubapa dan semua yang mencari bahan pengajaran Matematik. Semoga video ini bermanfaat kepada semua dan mohon berkongsi kepada rakan-rakan dan keluarga.
✅PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=ykW50sPmP5E
✅NAMA GURU :
CIKGU SYENARI
✅SEKOLAH :
SK RANTAU PANJANG, BESTARI JAYA, SELANGOR
✅SALURAN YOUTUBE :