Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Terdapat 4 jenis penderaan kanak-kanak iaitu penderaan secara fizikal, emosi, seksual dan pengabaian. Bagaimana meminta bantuan untuk menangani penderaan dalam keluarga ?
Terdapat 4 cara untuk meminta bantuan bagi menangani penderaan dalam keluarga iaitu melaporkan kepada guru. Malahan kanak-kanak juga boleh melaporkan kepada ibu, bapa atau ahli keluarga lain yang boleh dipercayai. Selain itu, kanak-kanak boleh melaporkan kepada pihak berkuasa, seperti polis atau pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membuat panggilan melalui Talian Nur atau Talian Kasih. Melaporkan kepada jiran juga boleh dilakukan bagi menangani penderaan dalam keluarga.
Kepentingan menangani penderaan dalam keluarga ialah dapat meningkatkan nilai harga diri dan keyakinan diri. . Selain itu, kanak-kanak juga akan bermotivasi untuk mencapai kejayaan dengan lebih baiknya serta merangsang minda dan daya ingatan yang baik .
LINK VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=w0NFL-EiAZA&t=62s
NAMA GURU : RAHIMI BINTI SHAFIEE
SEKOLAH : SK JALAN ENAM
LINK CHANNEL :