Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Subjek matematik awal adalah salah satu subjek yang berada di bawah tunjang sains dan teknologi bagi pendidikan prasekolah. Bersama-sama perkongsian video ini, disertakan juga lembaran aktiviti sebagai latihan pengukuhan & kefahaman murid bagi tajuk ini.
Isi pelajaran dalam video kali ini adalah berkisar tentang padanan angka dengan nama nombor. Murid dibimbing untuk mengeja nama nombor dari angka 0 hingga 10. Diselitkan juga aktiviti uji minda sebagai latihan kefahaman kepada murid bagi tajuk ini.
Diharap video ini dapat membantu anak-anak;
1. Mengeja nama nombor 0 hingga 10
2. Mengenalpasti nombor 0 hingga 10
3. Memadankan nama dengan nombor 0 hingga 10
Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru dan ibu bapa selama tempoh PdPR ini serta dapat memberi manfaat kepada semua yang menonton.
Jangan lupa untuk tekan butang "SUBSCRIBE* channel youtube Cikgu FatinS Pra sebagai tanda sokongan anda. Terima kasih.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=OpC_rAaf9BU&t=3s
NAMA GURU : CIKGU FATINS PRA
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KEPAYAN
SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/c/CikguFatinSPra