#sejarahialahkita
Campur tangan dan penjajahan British dalam urusan pentadbiran telah mencetuskan kemarahan dan ketidak puasan hati Sultan, pembesar dan penduduk tempatan. Sultan dan para pembesar kehilangan kuasa untuk mengutip cukai dan mentadbir. British juga telah memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan kepada penduduk tempatan. Jika mereka ingkar, akan dipenjarakan dan diberikan hukuman. Kekejaman ini telah menimbulkan kemarahan beberapa penduduk tempatan yang terdiri daripada golongan pembesar dan pemimpin kaum mereka. Mereka bertindak untuk menyerang British bagi mempertahankan hak mereka. Namun begitu, Perjuangan tokoh tempatan pada ketika ini adalah bersifat setempat dan demi mempertahankan kedaulatan negeri mereka sendiri.
PAUTAN VIDEO: https://www.youtube.com/watch?v=LJMjfYv1rbo
Namun begitu, Perjuangan tokoh tempatan pada ketika ini adalah bersifat setempat dan demi mempertahankan kedaulatan negeri mereka sendiri. Perjuangan tokoh seperti Dato Bahaman, Mat Salleh, Antenom, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong perlu dipuji kerana berani mempertahankan kedaulatan negeri dan hak mereka yang telah dicabuli oleh British. Walaupun ada yang terkorban dan dihukum oleh British, semangat patriotik yang ditunjukkan tetap diingati sehingga kini. Pengorbanan dan jasa mereka perlu dikenang supaya dapat meningkatkan jati diri di kalangan masyarakat Malaysia untuk bersedia mempertahankan negara dari ancaman luar. Tokoh yang dibincangkan pada kali ini ialah seperti Dato Bahaman, Mat Salleh, Antenom, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong. Hargailah perjuangan dan jasa tokoh tempatan negara kita. Ayuh bersama-sama sayangkan dan pertahankan negara kita daripada dijajah.
✅NAMA GURU: CIKGU YAYA@ CIKGU NOR HIDAYAH BINTI HAMZAH
✅SEKOLAH : SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG SELANGOR
✅LINK CHANNEL: https://youtube.com/c/CikguYaya
💜💗PANITIA SEJARAH SR💗💜