Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta, di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan kepada rakan-rakan lain.
Tutorial untuk murid-murid / guru / ibu bapa untuk merujuk cara menjawab atau menyelesaikan soalan yang melibatkan OPERASI TAMBAH HINGGA TIGA NOMBOR, TAHUN 2 .
Tutorial ini disediakan untuk memudahkan murid-murid merujuk cara menambah nombor dengan cara yang pantas dan tepat. Selain itu, murid-murid / ibu bapa boleh mengulang siar video ini pada bila-bila masa walau di mana jua berada dan boleh ditonton beberapa kali untuk mendapat lebih kefahaman.
Diharapkan video ini dapat membantu para ibu bapa, murid-murid sekalian dan bolehlah dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain.
✅ PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=PfrwkvThvDY&t=17s
CIKGU CT RAHIMAH
✅ SEKOLAH :
SK USJ 20, SUBANG JAYA, SELANGOR
✅ SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/c/CikguCtREduTv2