Perkongsian video PdPc BM Tahun 3 SK ini merupakan perkongsian mengikut tema dan tajuk di dalam buku teks jilid 2 halaman 5 . Disertakan sekali pautan latihan pengukuhan sebagai penilaian terhadap kefahaman murid. Boleh didapatkan dalam bahagian deskripsi video ini.
Kemahiran Menulis akan difokuskan dalam perkongsian kali ini. Pada peringkat awal, murid diminta membaca petikan bersama-sama guru. Seterusnya, aktiviti menulis frasa menggunakan tulisan berangkai dijalankan. Murid dibimbing untuk menulis frasa menggunakan tulisan berangkai dengan betul.
Bagi mengukuhkan lagi kefahaman, lembaran kerja juga turut disediakan berkaitan dengan tajuk ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru dalam sesi PdPR. Jangan lupa ketik butang "subscribe" Channel Cikgu Mai Intan Payung sebagai tanda sokongan anda. Terima kasih.
PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=JfQK90LUNyM
NAMA GURU :
CIKGU MAI INTAN PAYUNG
SEKOLAH : SEK. REN. ARAB (JAIM) MERLIMAU PASIR, MELAKA
SALURAN YOUTUBE :