Matematik Itu Menyeronokkan. Oleh kerana, murid-murid kita terdiri daripada tahap penguasaan
yang berbeza, sebahagiannya tidak dapat memahami pengajaran guru semasa di kelas. Jadi
Tutorial ini dibangunkan untuk meningkatkan motivasi mereka untuk terus mencintai Matematik
dan terus berusaha untuk menguasai setiap kemahiran yang dipelajari. Inilah solusinya, Video
PDPc ini boleh dilayari di mana-mana sahaja, bukan di kelas sahaja tetapi di dalam kereta,
di rumah, di pusat membeli belah pada bila-bila masa. Apa tunggu lagi..moh kita kongsikan
kepada rakan-rakan lain.
Tutorial ini disediakan untuk memudahkan murid-murid merujuk dan menyemak jawapan.
Sekiranya ada kesilapan , mudahlah untuk murid membetulkan. Kaedah ini juga menjimatkan
masa guru untuk membuat penerangan kerana masa yang terhad di sekolah untuk mengajar
tajuk-tajuk baharu. Selain itu, murid-murid / ibu bapa boleh mengulang siar tutorial ini pada
bila-bila masa walau di mana jua berada dan boleh ditonton beberapa kali untuk mendapat
lebih kefahaman.
Diharapkan Tutorial ini dapat membantu para ibu bapa, murid-murid sekalian dan bolehlah
dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain.
✅PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=llSroOcR5SU
✅NAMA GURU :
MIZZ ANIE
✅SEKOLAH :
SK GALI RAUB PAHANG
✅SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/mawardesa