Perkongsian ini dibawakan oleh guru-guru Akademi Youtuber yang dianggotai oleh:
1) Cikgu Fauziyah binti Ghazali @CikguFauziyah t.me/ CikguFauziyah,
2) Cikgu ROSMELIANY BINTI ZAINI, @cguyani, t.me/cguyani
3) Cikgu Ruzylawati binti khalib@Ismail @Ruzylawati, t.me/Ruzylawati
4) Cikgu Yang Rizal Bin Ahmad, @yangrizal, t.me/yangrizal
Konsep perkongsian ini adalah CELIK, CAKNA, CEKAP Media Sosial dan Aplikasi Etika dan Kaedah penggunaan Berkesan (Best practices)
1) Dakwah
2) Pesanan khidmat masyarakat
3) Pendidikan
4) Perniagaan
5) kesihatan
Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas talian (online) yang dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa, media adalah alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala sosial adalah perihal kemasyarakatan dan pergaulan.
Sejarah awal kemunculan media sosial ini bermula pada tahun 1978 dengan penemuan ‘papan bulletin’ berfungsi untuk muat turun maklumat dan komunikasi melalui surat eletronik. Media sosial terus berkembang sehingga perkhidmatan penerbitan blog iaitu Blogger pertama kali dilancarkan pada tahun 1999 oleh Pyra Labs.
“Media Sosial desifinisikan sebagai satu kumpulan aplikasi berasaskan internet yang berkembang atas dasar ideologi dan teknologi web 2.0” - Andreas Kaplain dan Micheal Haenlein.”
Kunjungi channel ahli segmen khas ini dengan menggunakan pautan di bawah bagi melihat perkongsian dan bahan PDPC yang dihasilkan :