Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Borang Maklumat Hubungan

Dark mode Logo

Dark mode Logo
Dark Mode

Default Image

timeago

Post Berkaitan

×
ticker[recent/5]
khas

🔴 [LIVE] 3C MEDIA SOSIAL DAN APLIKASI : MUDAHNYA PDPR DALAM TELEGRAM (SIRI 1) #02 #AKADEMIYOUTUBER

 

💥💥🔥🔥LIVE LIVE !!!

Segmen khas ini dibawakan oleh Akademi Youtuber dengan Kerjasama Edidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia.

✅Semua Pun Boleh Join ... Tiada Had Usia, Jantina Mahupun Pekerjaan anda. Jomm! Jumpa Anda Disana ...


    JUMAAT 9 JULAI 2021 ‼️        🔴 [LIVE]

    JAM 5.00 PETANG ‼️              🔴 [LIVE]


❗️Jemput semua Join sama

❗️GURU / PELAJAR / IBU BAPA


✅E-SIJIL PENYERTAAN PERINGKAT KEBANGSAAN DISEDIAKAN


✅ JOM JOIN DI LINK YOUTUBE INI :

https://www.youtube.com/watch?v=qGxCyhguZKI

Presenter ANDA  :👏👏

CIKGU ROSMELIANY BINTI ZAINI @cguyani SMK BANDAR BARU BINTULU, BINTULU, SARAWAK..

Media sosial : TELEGRAM Sejak kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diperkenalkan, kita boleh lihat betapa pesatnya penggunaan e-learning dalam kalangan guru, pelajar dan juga ibu bapa.Pelbagai laman dan juga aplikasi yang dikongsikan oleh guru kepada ibu bapa untuk kelangsungan pembelajaran anak-anak di rumah. Aplikasi telegram boleh dimuat turun melalui Apps Store dan juga PlayStore, ibu bapa yang menggunakan sistem Android dan iOs sama-sama dapat menggunakan aplikasi ini. Telegram boleh digunakan di telefon pintar dan juga komputer. Ibu bapa dan guru boleh install melalui https://desktop.telegram.org/. Windows ataupun MacOS masih boleh akses Telegram. Semasa pendaftaran kali pertama, sememangnya perlukan nombor telefon. erdapat banyak kelebihan menyusun murid-murid kelas cikgu ke kumpulan telegram. Buatkan satu group dan jemput ibu bapa murid berkenaan untuk sertai. Berikut merupakan antara sebab mengapa saya lebih sukakan telegram berbanding yang lain, lebih-lebih lagi aplikasi Whatsapp. 1) Lebih mudah mengawal interaksi Interaksi yang terkawal lebih membantu kesemua ahli fokus kepada isi pembelajaran. Hantaran mesej atau gambar nakal yang boleh mengganggu konsentrasi, boleh dipadam tanpa jejak oleh admin atau owner. Guru juga boleh menetapkan tetapan (setting) sama ada ahli boleh menghantar teks sahaja, teks dan pelekat (stickers), boleh menghantar dokumen atau sebagainya. 2) Segala bahan tersimpan dalam Cloud Segala bahan yang dikongsikan akan tersimpan dalam Cloud, tidak kiralah sama ada audio, gambar, video, dokumen, animasi dan berbagai-bagai bahan yang lain. Bahan-bahan ini tidak mengganggu storage telefon kita. 3) Pembinaan kuiz menggunakan QuizBot Terdapat QuizBot yang membantu kita sediakan tugasan kepada murid. Murid tidak perlu keluar daripada aplikasi tersebut. 4) Mudah untuk mengesan isi pembelajaran terdahulu Guru-guru boleh mengesan melalui chat history, boleh juga maksimakan penggunaan # supaya lebih tersusun. Contohnya, #nota, #homework, #pengumuman dan lain-lain lagi. Gunakan sahaja butang search untuk mencarinya. Murid tidak dapat bersama semasa guru online? Jangan risau, history chat ada. 5) Channel untuk hubungan sehala Ada juga guru yang membuka ruangan Channel. Channel merupakan medium sehala, sesuai untuk perkongsian makluman ataupun nota. Melalui Channel, hanya admin sahaja yang boleh lihat siapa yang berada didalamnya.

Perkongsian ini dibawakan oleh guru-guru Akademi Youtuber yang dianggotai oleh:

1) Cikgu Fauziyah binti Ghazali - t.me/ CikguFauziyah,

2) Cikgu Rosmeliany, - t.me/cguyani 

3) Cikgu Ruzylawati binti khalib@Ismail - t.me/Ruzylawati  

4) Cikgu Yang Rizal Bin Ahmad, - t.me/yangrizal


Konsep perkongsian ini adalah CELIK, CAKNA, CEKAP  Media Sosial dan Aplikasi  Etika  dan Kaedah penggunaan Berkesan (Best practices)


1) Dakwah

2) Pesanan khidmat masyarakat

3) Pendidikan

4) Perniagaan

5) kesihatan


Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas talian (online) yang dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa, media adalah alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala sosial adalah perihal kemasyarakatan dan pergaulan.


 Sejarah awal kemunculan media sosial ini bermula pada tahun 1978 dengan penemuan ‘papan bulletin’ berfungsi untuk muat turun maklumat dan komunikasi melalui surat eletronik. Media sosial terus berkembang sehingga perkhidmatan penerbitan blog iaitu Blogger pertama kali dilancarkan pada tahun 1999 oleh Pyra Labs.


 “Media Sosial desifinisikan sebagai satu kumpulan aplikasi berasaskan internet yang berkembang atas dasar ideologi dan teknologi web 2.0” - Andreas Kaplain dan Micheal Haenlein.”


Kunjungi channel ahli segmen khas ini dengan menggunakan pautan di bawah bagi melihat perkongsian dan bahan PDPC yang dihasilkan :


1) https://www.youtube.com/c/cikguyani

2) https://youtube.com/CikguRuzylawati

3) https://www.youtube.com/c/FauziyahGhazali

4) https://www.youtube.com/c/tvyangrizal



#segmenkhas

#akademiyoutuber


AKADEMI YOUTUBER (AYU)

-EDIDIK MALAYSIA

-KELAB GURU MALAYSIA


Catat Ulasan

0

Ahli Berdaftar

0

Youtuber Aktif

0

Video Pendidikan

0

Pelajar Maya

0

Laman Utama