Kali ini saya ingin berkongsi video yang mengikut tema dan tajuk di dalam buku teks. Video ini merujuk buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 di halaman 116. Semoga dengan video ini boleh membantu guru-guru dalam menjalankan sesi PdPR.
TEMA : Indahnya Warisan Kita
UNIT 20 : Menghayati Karya Sastera
KEMAHIRAN : Membaca
SP: 2.4.1 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat ulasan dengan betul
Isi pelajaran dalam tajuk ini berdasarkan kemahiran membaca . Aktiviti ini memfokuskan murid agar membaca dan memahami petikan yang diberikan. Selain itu, aktiviti dalam video ini juga menyentuh tentang cara untuk membuat ulasan dan mencari maklumat tersirat. Murid perlu membina ulasan berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat yang terdapat dalam petikan buku teks di halaman 116. Melalui video ini secara tidak langsung, murid dapat memahami dan mencari maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan petikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para guru dan murid-murid.
Sebagai tanda sokongan anda, sudilah kiranya anda menekan butang "Likes", "comment" dan "subscribe" Channel Cikgu AzlinaLyn . Terima kasih.
NAMA GURU : CIKGU AZLINALYN SEKOLAH : SK TAMAN CUEPACS , SELANGOR. SALURAN YOUTUBE :