PERTANDINGAN INOVASI STEM KATEGORI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2021
UMUR : 11 TAHUN (TAHUN 5)
SEKOLAH : SK PADANG BERAMPAH, SIPITANG, SABAH
NAMA PRODUK : GARDENING EASY SEAT
GURU PEMBIMBING : CIKGU BEATRISCA LAJIM
PEMBANTU GURU PEMBIMBING : IBU BAPA MURID
PENYUNTING VIDEO : CIKGU NURLISA KAMBA
PAUTAN VIDEO :
Pertandingan Inovasi STEM adalah anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam mengetengahkan inovasi, penemuan dan reka bentuk mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerjaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:
a. Kategori Sekolah Rendah:
Murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada
tahun 2021.
b. Kategori Sekolah Menengah:
Murid tingkatan 1, 2 dan 3 atau gabungan tingkatan 1, 2 dan 3
pada tahun 2021.
TEMA
3.1 Kesihatan dan makanan
3.2 Pertanian
3.3 Persekitaran lestari
3.4 Tenaga Boleh diperbaharui
3.5 Teknologi maklumat dan komunikasi
SK Padang Berampah, Sipitang, Sabah
Tags
Aktiviti