Tutorial amalan terbaik adalah sebuah
program perkongsian santai tetapi padat dengan ilmu tentang pelbagai aplikasi
dan bahan yang bersesuaian digunakan mengikut keadaan semasa. Perkongsian ini
bertujuan membantu para guru untuk mendapatkan idea tentang amalan yang boleh
dilakukan untuk menjadikan PdPR atau PdPc
lebih menarik dan interaktif dalam usaha menarik minat murid untuk
menyertai kelas masing-masing. Ini kerana sesi PdPR yang berlanjutan membuatkan
sesetengah murid mula hilang fokus dan minat untuk menyertai kelas, sekaligus
menyebabkan ada antara guru mula hilang semangat dan kurang bermotivasi untuk
mengajar. Menumpukan pada amalan dan bahan yang mudah dan murah, perkongsian
ini diharapkan dapat membantu guru-guru, tidak kira samada guru yang mahir
dengan teknologi mahupun guru yang memerlukan bimbingan secara berkala. Topik
yang berlainan akan dikupas setiap minggu, jadi jangan lupa untuk terus setia
bersama kami setiap hari Selasa, jam 8.15-9.15 malam.
🔰 Tarikh : 10 Ogos 2021
🔰 Hari :
Selasa
🔰 Masa :
8.15 – 9.15 malam
🔰 Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=GSf7uSRY-Lw
Jom ajak ramai-ramai menonton siaran
langsung ini.
#segmenkhas
#akademiyoutuber
Inisiatif:
http://www.akademiyoutuber.com
https://t.me/KelabGuruMalaysia