Tutorial amalan terbaik adalah sebuah
program perkongsian santai tetapi padat dengan ilmu tentang pelbagai aplikasi
dan bahan yang bersesuaian digunakan mengikut keadaan semasa. Perkongsian ini
bertujuan membantu para guru untuk mendapatkan idea tentang amalan yang boleh
dilakukan untuk menjadikan PdPR atau PdPc lebih menarik dan interaktif dalam usaha
menarik minat murid untuk menyertai kelas masing-masing. Ini kerana sesi PdPR
yang berlanjutan membuatkan sesetengah murid mula hilang fokus dan minat untuk
menyertai kelas, sekaligus menyebabkan ada antara guru mula hilang semangat dan
kurang bermotivasi untuk mengajar. Menumpukan pada amalan dan bahan yang mudah
dan murah, perkongsian ini diharapkan dapat membantu guru-guru, tidak kira
samada guru yang mahir dengan teknologi mahupun guru yang memerlukan bimbingan secara
berkala. Topik yang berlainan akan dikupas setiap minggu, jadi jangan lupa
untuk terus setia bersama kami setiap hari Selasa, jam 8.15-9.15 malam.
🔰 Tarikh : 3 Ogos 2021
🔰 Hari :
Selasa
🔰 Masa :
8.15 – 9.15 malam
🔰 Pautan : https://www.youtube.com/watch?v=4ui-mr4ZaUs
t.me/CIKGu_HANi85
http://www.youtube.com/c/CIKGuHANi
Jom ajak ramai-ramai menonton siaran
langsung ini.
#segmenkhas
#akademiyoutuber
Inisiatif: