Mandi Wajib Kem Bestari Solat Tahun 6
Kem Bestari Solat adalah salah satu model di dalam komponen model-model program j-QAF yang mesti dilaksanakan. Kem Bestari Solat yang sebelum ini dilaksanakan sebanyak empat kali setahun telah diubah kepada dua kali setahun bermula tahun 2015. Ia merupakan aktiviti ko-akademik untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan bagi memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Sesuai dengan saranan program j-QAF yang diperkenalkan hasil cetusan idea daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, program ini turut dilaksanakan di sekolah rendah.
Pengajaran pada video kali ini adalah berkisar tentang Ibadah Mandi Wajib yang merupakan slot ibadah bagi murid-murid Tahun 6 sekolah rendah. Apa yang diharapkan agar ianya memberi manfaat kepada anak-anak murid dalam memahami Ibadah Mandi Wajib ini.
KREDIT : A1062
Anda memiliki video menarik seperti ini? ingin Akademi Youtuber tularkan kepada semua bakal penonton yang akan memanfaatkan video anda? KLIK DI SINI.
"
Tags
PDPC