Standard Kandungan:
9.1 - Aktiviti matahari yang memberi kesan kepada Bumi
9.2 - Cuaca angkasa
Standard Pembelajaran:
9.1.1 - Menerangkan dengan lakaran mengenai struktur dan fenomena yang berlaku di permukaan matahari.
9.1.2 - Mewajarkan kepentingan magnetosfera Bumi.
9.2.1 - Berkomunikasi mengenai cuaca angkasa lepas dan kesannya terhadap Bumi.
Perbincangan berkaitan struktur matahari dan fenomena yang berlaku di permukaan matahari. Contoh fenomena yang berlaku di permukaan matahari seperti granul, semarak suria, nyalaan suria, kitaran suria, tompok matahari, lentingan jisim korona dan angin suria.
Dalam video ini juga guru membuat perkongsian mengenai magnetosfera dari segi definisi, pembentukan, bentuk dan kepentingannya. Guru juga membuat perkongsian mengenai cuaca angkasa lepas dari segi definisi dan kesannya ke atas Bumi seperti pembentukan fenomena aurora, gangguan telekomunikasi, sistem navigasi serta talian kuasa elektrik.
Aurora terbentuk apabila sinaran kosmik menghentam atom gas dan molekul dalam atmosfera bumi
Berikut adalah pautan video:
https://www.youtube.com/watch?v=hkI9sG-UZaY
SENARAI PLAYLIST VIDEO PDPC SAINS PT3 SEKOLAH MENENGAH
TINGKATAN 1: http://bit.ly/PdPSAINSTINGKATAN1
TINGKATAN 2: http://bit.ly/PdPSAINSTINGKATAN2
TINGKATAN 3: http://bit.ly/PDPSAINSTINGKATAN3
Inisiatif :
www.akademiyoutuber.com
-EDIDIK MALAYSIA
-KELAB GURU MALAYSIA