Adakah anda seorang Guru? Pensyarah? Anda berasa sukar untuk menjalankan PBD???, apa kata cuba Whiteboard.chat yang agak mudah untuk digunakan!!!!. Anda boleh letak soalan dengan muat turun file PDF, taip soalan mudah, Polls dan sebagainya. Anda boleh mengajar secara atas talian atau luar talian dan integrasikan dengan whiteboard,chat ini. Selain itu anda juga boleh lihat jawapan murid secara langsung atau luar talian dan memeriksa jawapan mereka. Whiteboard.chat menyediakan whiteboard bagi setiap pelajar tanpa menganggu whiteboard pelajar-pelajar lain.
Tutorial Whiteboard.chat ini dihasilkan atas inisiatif sendiri untuk membantu guru-guru di luar sana menggunakan whiteboard.chat secara efektif kerana banyak kemudahan atau ciri-ciri yang menarik boleh dimanfaatkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang interaktif. Selain itu whiteboard.chat ini sangat membantu untuk guru-guru melaksanakan PBD dan semua tugasan-tugasan yang dibuat oleh murid-murid boleh dimuat turun sebagai PDF untuk dijadikan evidens kepada PdPR guru-guru.
Whiteboard.chat ini juga boleh dijalankan secara dalam talian atau di luar talian. Jadi ia sangat mudah dan sangat baik untuk guru.
✅ PAUTAN VIDEO :
https://www.youtube.com/watch?v=xk57R6p2Wlk
✅ NAMA GURU :
CIKGU SYENARI
✅ SEKOLAH :
SK RANTAU PANJANG, BESTARI JAYA, SELANGOR
✅ SALURAN YOUTUBE :
https://www.youtube.com/c/CikguSyenaRisatu